Datuk Marzuki Yahya bukan pelajar kami – Universiti Cambridge


Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya sejak semalam dikatakan telah menipu rakyat Malaysia tentang sijil akademik pengajiannya di luar negara.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya sejak semalam menjadi perhatian warganet apabila dikatakan telah menipu rakyat Malaysia tentang sijil akademik pengajiannya di luar negara.

Marzuki Yahya yang juga seorang senator mengisytiharkan beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Cambridge, United Kingdom (Bachelor’s Degree in Business Administration from the University of Cambridge).

Di satu artikel Bernama, Marzuki yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengisytiharkan beliau mendapatkan ijazahnya melalui pengajian jarak jauh di universiti tersebut.

Namun setelah diperiksa, universiti terbabit tidak menawarkan sebarang pengajian jarak jauh bagi sebarang pengajian ijazah seperti yang didakwa oleh Marzuki.

Universiti Cambridge merupakan universiti inggeris kedua (English-speaking university) tertua di dunia selepas Universiti Oxford dan univeriti keempat tertua di dunia yang masih beroperasi selepas Universiti Bologna, Oxford dan Salamanca.

Warganet medesak Marzuki agar tampil mencerahkan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dengan menunjukkan bukti sijil ijazah asli yang diperolehinya ketika belajar dahulu.

Sebelum ini Pengerusi PPBM Pulau Pinang itu dikatakan sedang merebut jawatan menteri penuh di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mungkin akan diumumkan pada Mac ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.